Sabtu, 5 September 2009

Beautiful in Islam is for all


KECOH di negeri saya tentang isu pemindahan kuil dari seksyen 19 ke seksyen 23.mengusung,memijak kepala lembu tanda protes sekumpulan puak tentang isu ini.Terus terang saya katakan ini isu politik yang cuba dimainkan pembangkang negeri dengan memainkan api perkauman.mengapa saya kata demikian,kerana terbukti ramai tokoh mereka terlibat secara langsung dalam perarakan haram itu.Kalau benarpun mereka bersungguh2 membantah sebuah kuil dibina cuba lihat adakah mereka ni tergolong sebagai pemuda yang hatinya terpaut pada masjid seperti yang didambakan dalam agama ?sampai beria-ia benar memberontak sedemikian rupa?dalam bulan puasa pula tu.atau mungkin kerana ada agenda besar yang mereka dambakan?semua orang faham apa yang saya maksudkan bukan?Saya orang melayu,orang Islam juga tapi malu dengan sikap ekstrim yang mereka tunjukkan.tertanya saya mana mufti2 yang lantang menyuarakan pendapat dalam isu2 terpilih sahaja selama ini?,tetapi di saat peranan mereka amat diperlukan untuk menjernihkan suasana ini suara mereka hampir tidak kedengaran?Bacakan mereka intipati surah al KAfirun, terangkan pada mereka manahij /kaedah dakwah dalam Islam,sejukkan hati mereka dengan hadis2 nabi SAW ,alunkan pada telinga mereka kisah2 seperti hatta yahudi buta yang sering memaki baginda setiap haripun disuapkan pada mulut yahudi buta itu makanan,dengan lemah lembut!saya percaya majoriti umat Islam di Malaysia menolak tindakan biadap begitu yang menghina kepercayaan orang lain.kalau nak marah kerajaan negeri marahlah,hantar la memorundum bantahan dan bukannya mengambil jalan mudah menghina agama orang lain.Ini soal tektikal!tempat,lokasi,boleh dibawa bincang elok2.bukankah Islam menolak perbuatan sedemikian?Islam yang cantik pasti dipandang hodoh oleh penganut agama lain dek kerna isu ini.Bagaimana mereka ingin mendekati Islam kelak apatah lagi menyintainya.?Baginda Rasulullah ketika mana memperkenalkan Piagam Madinah menegaskan bahawa semua penduduk bebas mengamalkan anutan masing2 jesteru itu Islam makin diterima ramai saat itu.Kalau Islam dijadikan panduan dan asas seseuatu tindakan tentulah pemikiran kita akan lebih terbuka kerana Islam itu universal dan menyeluruh meliputi bangsa dan negara. Islam itu ada cina islam,india islam,arab islam kadazandusun islam , Inggeris islam,negro islam termasuklah melayu Islam.Berbilion umat Islam dalam dunia hari ini dan semuanya bertunjangkan satu akidah yang sama iaitu Laailahaillallah Muhammadun Rasulullah! dan bukan kerana asas perkauman yang sempit dan jumud sehingga kita asyik berfikir dalam lingkungan pemikiran yang sama sampai bila2.

3 ulasan:

  1. isu kuil boleh dikaitkan dengan eksploitasi pihak tertentu?tidak sedarkah orang islam dimalaysia khususnya orang melayu bahawa sikap toleransi kita telah dipergunakan oleh bangsa lain sewenang wenangnya?tahukah statistik menunjukkan bahawa jumlan kuil, gereja dan tokong adalah melebihi masjid dan surau dimalaysia nie, dimana malaysia majoritinya adalah orang islam, orang melayu? didalam ketaksuban kita melihat isu nie dari kononnnya prespektif islam, kita sering lupa bhwa suara melayu atau islam ini makin lama, makin lemah?sudahlah kuasa ekonomi bukan milik kita dan kini kita bermurah hati untuk merelakan kedominasi orang islam atau melayu diberi kepada pihak lain? dalam quran telah menyatakan bahwa orng kafir , yahudi, nasrani takkan redha dgn kita kalau kita tak mengikut jalan mereka.bukankah itu memberi kita gambaran apa yg sbenarnya berlaku sekarang?bukan mereka tidak tahu betap syumulnya islam, murah hati nya orang islam, tapi mereka sengaja mengambil kesempatan dari kebaikan ini untuk kepentingan mereka dan sememngnya mengharapkan kita untuk melihat seolah olah kita perlu beri mereka masa kononya berdakwah kepada mereka shngga mereka kononnya faham?sesungguhnya syaitan itu banyak tipu dayanya...

    BalasPadam
  2. penulis melihat isu ini atas dasar kecantikan islam di mata bukan islam.bagaimana orang islam bisa tertarik pada Islam?bagaimana orang islam secara praktikalnya(rujuk pada perarakan ) memberi contoh terbaik pada yang bukan Islam dalam menangani sesuatu isu?bagaimana mungkin tindakan agresif demikian akan mendekatkan hati mereka dengan Islam?mengapa menghina simbol kepercayaan agama lain?walaupapun alasan,survival bangsa atau seumpamanya ingat dalam agama Matlamat tidakboleh menghalalkan cara!xboleh hina agama orang lain dan silap beranggapan semua faham kesyumulan Islam dan kelembutan Islam tatkala umat islam sedunia dilabel 'terorist'/ekstrimist?bukankah tindakan tersebut menggambarkan kearah itu?.penulis mengajak saudara berfikir diluar fanatik bangsa semata2.penulis juga berbangsa sama dengan saudara.namun jika pegang pada pandangan Islam yang dibericontoh oleh Rasulullah nescaya bangsa kita akan terpelihara dan dihormati .Firman Allah yg bermaksud 'berpegang tegulah kamu pada tali Allah,dan janganlah kamu berpecah belah'..mengenepikan pandangan bersatu atas dasar bangsa dan parti untuk mengelakkan perpecahan dan seumpanyanya. jangan fanatik pada batang tubuh tok guru sebulat2nya,bukan juga kita berpegang teguh dengan keris,bangsa melayu,raja2 melayu semata2.Allah kata berpegang teguh pada Tali Allah yakni agama yang diredhainya..tuduhan 'konon' penulis melihat dari perspektif agama menunjukkan saudara prejudis terhadap komen berorientasikan agama,berbanding komen berunsur retorik dan tuduhan smata kerana mungkin pada pemikiran saudara ini omongan parti Islam semata.Islam itu tidak hanya pada ibadat semata ianya meliputi keseluruhan termasuklah tindakan kita sebagai muslim. Usah berhujah atas dasar ketaksuban perkauman dan parti semata,penulis sendiri tidak berpaksi pada parti untuk mengulas isu politik kerana penulis pasti kedua2nya ada membuat silap dan tidakkan sampai bila sempurna,pasti ada saja kelemahan yang berlaku.Dalam kaedah fiqh,semua kalam/kata2 hujah adalah boleh tertolak melainkan kalam/kata2 rasululah al Ma'sum..cuma penulis telah didedahkan dengan fakta visual tokoh2 dominan yang terlibat dalam perarakan tersebut.Apa yang hendak didalihkan lagi?proven!.sesungguhnya 'syaitan' itu banyak tipu dayanya..

    BalasPadam
  3. macamana tanpa nama yg pertama guna ayat Quran kata kafir,yahudi,nasrani takkan tunduk melainkan org islam ikut merekauntuk kaitkan isu ni?bukankah hamzah, sahabat2 nabi seperti Umar dll itu musyrik mekah sebelum Islam?dan ramai lagi.hatta ramai yahudi madinah peluk islam setelah Islam sampai.hujah ntahapapa ntah.- labu77

    BalasPadam