Selasa, 29 Disember 2009

Rabu, 25 November 2009

makluman cuti2 Malaysia


sepanjang cuti sekolah ini ana akan berada di kampung mertua Tangkak,Johor bermula 26november-15 disember dan 17-26 disember di kampung ayahanda AlorSetar,Kedah.

Khamis, 19 November 2009

sahabat..dalam usaha berdakwah ni, tika mana wafat Rasullullah, Saidina AbuBakar pernah berkata ..'Adakah Agama akan lemah sedangkan Aku masih hidup?"


terapkan kata2 Saidina Abu Bakar alSiddiq ini dalam diri kita semua untuk terus Amar Maaruf dan Nahi Munkar pada diri,keluarga,sahabat,masyarakat dan negara kita..walaupun diri dan keluarga kita tidaklah sesempurna mana INGATkalau begitu tak mungkin nabi NUH a.s dapat memulakan dakwah menyeru umat mentaati Allah kerana anak dan Isterinya terus ingkar pada dakwah Islam sehingga ke akhir hayat ..

Selasa, 17 November 2009

kalaulah syaitan tu boleh dilihat..


Ada dua orang sahabat bernama Abu dan Bakar berdebat tentang Kalaulah syaitan tu boleh dilihat dengan mata kasar.Apa yang didebatkan? ..Si Abu kata "biarlah syaitan tu tak boleh dilihat,senang..taklah mengganggu hidup kita,kalau nampak tentu tak tidur malam kita.Bayangkan aja mukanya yang mengerikan tu".sebaliknya si Bakar pula berkata dengan nada yang marah dan angkuh,"aah!lagi elok kalau syaitan tu boleh dilihat senang aku nak belasah cukup2!..kalau tak sia2 je aku berguru silat gayong ,silat cekak siang malam!"yang sambil membayangkan muka syaitan yang menjelikkan ..nak tahu apa yang terjadi selepas tu? pada Senja tu si Bakar pulang ke rumah dan malalui satu titi kecil untuk menyeberang sungai ..sedang si Bakar nak lalu dihujung titi tu datang seorang perempuan muda,manis dan cantik rupa parasnya..Lalu si Bakar yang angkuh tadi ni tiba2 mulal berubah sikap menjadi seorang yang manis kata2nya dan sopan pula geraklakunya lalu menyapa.."hai cik adik nak kemana senja2 ni?kalau nak lalu titi ni adik jalanlah dulu,abang ok je..n kalau adik takut jalan sorang2 abang boleh temankan."sambil tersengih2 kambing..Sampai saja dihujung titi, perempuan muda tu bertanya pada si Bakar,"abang kenal tak saya siapa?.si Bakar terdiam terpinga-pinga..tambah perempuan muda tadi.."kalau abang nak tahu,sayalah SYAITAN!"..

apa moral dari cerita ni?

tipu daya syaitan sangat halus,lihat apa terjadi pada si bakar yang mulanya begitu angkuh untuk menewaskan syaitan tapi dengan tipu daya syaitan yang halus dan licik hanya dengan menyerupai perempuan cantik sahaja si Bakar tertewas dengan godaannya.pendek kata..ilmu silat si bakar tadi ntah kemana gayong kemana..cekakpun kemana..akhirnya layu,longlai hanya dengan godaan perempuan muda.ingat kawan2,syaitan telah berjanji pada ALlah untuk menyesatkan kita anak2 nabi Adam sehingga ke hari Kiama walau dengan apa cara sekalipun.

Jumaat, 13 November 2009

bersangka baik antara amalan terpuji diajar Rasulullah.pelindung dari fitnah dunia dan dosa percuma

buat makluman rakan2,saya sedang cuti sakit selama 6 hari bermula 9/1/2009 hingga 14/11/2009 kerana jangkitan sakit mata.tidak dapat hadir bekerja atas nasihat doktor.

Ahad, 1 November 2009

khutbah jumaat:fadhilat solat berjamaah


Berikut adalah antara isi khutbah Jumaah yang saya sampaikan di Masjid Al Islah Serdang Raya bertarikh 30/10/2009 ;
FADHILAT SOLAT BERJAMAAH
1-Hukum solat berjamaah fardhu kifayah wajib ditunai setiap hari mengikut mazhab Syafie
2-Solat Jumaat wajib Aini seminggu sekali(Jumaat)
3-Solat 2 hari raya sunat dipadang atau ditempat lapang
4-Solat adalah perhubungan Rohaniah antara hamba dan Allah penciptaNya
5-Hadis-Ganjaran pahala Sembahyang berjamaah itu melebihi dari sembahyang bersendirian iaitu 27 darjat(alBukhari wa Muslim)
6-Hadis- Dan Tidaklah berkumpul satu kaum di suatu rumah dari rumah2 Allah sambil membaca Kitab Allah (Al Quran) dan mempelajiranya bersama diantara mereka, kecuali turunlah ke atas mereka pertolongan , mereka dilimpahi rahmat, Malaikat menaunginya dan Allah menyebut nama mereka dikalangan orang yang ada disisinya.Sesiapa yang lambat amalannya maka tidak disegerakan dekatnya kepada Allah
7-Hadis-Tidak sewajarnyalahbila ada tiga orang dalam sebuah kampung yang tidak mahu mendirikan Solat berjamaah dalam kampung tersebut melainkan Syaitanlah yang akan menguasai mereka ,maka kamu hendaklah mendirikan Solat berjamaah kerana sesungguhnya serigala itu hanya akan memakan kambing yang duduk bersendirian(hadis riwayat Abu Daud dan Annisai) bersambung..

Ahad, 25 Oktober 2009

kami rindu abah..



Ingatan Allah SWT dalam surah Al Araf;35 yang bermaksud(Bagi setiap umat manusia itu ada ajal mereka dan pabila tiba ajal mereka maka tidak akan dilambatkan walau sesaat dan tidak juga dicepatkan ) Di dalam ayat lain Allah juga mengingatkan (Setiap yang hidup itu pasti akan menemui mati) Sesungguhnya Allah alHayat jualah yang kekal abadi.JAM 9.20malam pada tarikh 20 oktober 2009 Abah menghembuskan nafasnya yang terakhir.Suasana sedih menghuni wad 8 hospital Muar.Sesungguhnya penantian kami hampir 2 hari di wad tersebut umpama bersedia menemani pemergian abah yang kami sayang buat kali yang akhir...Disisi jasad abah dikelilingi anak2nya serta saudaramara dekat dan jauh..jujur,siapa sangka pemergian abah secepat ini..poji bersama abah hampir 5 tahun sebagai menantu lelaki abah yang pertama..kali akhir poji bersama, berbual, mengetih, berjalan dengan arwah abah ialah dalam kisah 'antara exora dan toyota mayat'.. (bersambung)

Ahad, 11 Oktober 2009

open house

terima kasih atas kesudian rakan-rakan sekolah, saudara mara jiran2dan jamaah masjid al Islah ke jamuan aidiltri rumah saya .segala kekurangan pohon dimaafkan.maklumlah masak sendiri semuanya..selamat hari raya aidil fitri Maaf zahirbatin!

Isnin, 28 September 2009

antara EXoRA dan ToYoTA mAYAT


apa kena mengena tuala berdarah ni dengan tajuk yang ditulis?peristiwa ni berlaku sehari sebelum kenduri aidil dan adik lina di kampung.waktu ni abang2 belum lagi sampai kerana dok syok beraya dikampung mertua masing2.(jangan mara ye..)tinggallah pasangan cikgu sekolah ni menemani abah untuk persiapan kenduri adik nanti..abah ajak saya ke pekan bukit untuk beli barang basah antaranya ayam..disebabkan barang2 banyak kami berdua pergi ke pekan menaiki kereta toyota mayat abah yang antik tu..dalam perjalanan kami sembang panjang,abah berenti ajak saya minum2 di warung (mengeteh)..selesai tugas di pekan kami balik kerumah..selesai memasukkan ayam di dapur saya terus ke depan rumah..tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat!terdengar suara makcik menjerit2..rupanya ada kemalangan betul2 depan bustop sekolah .seorang budak jatuh motor .kalau tengok keadaannya memang teruk..saya cepat2 panggil abah minta keluarkan kereta tototanya nak bawa budak tadi ke hospital..sementara tu saya terus ke tempat kemalangan.Sampai disana,ada sebuah kereta EXORA sampai..berenti bila orang ramai tahan.baru lagi keretanya rasanya tak sampai sebulan keluar kedai.pintu keretanya dibuka orang.tapi apa yang berlaku?? kakak punya kereta ni kata..Ada lapik surat khabar x.pegi ambil!..berlarilah seorang kakak tu ke rumah agaknya untuk amik surat khabar...lama pulak tu..ditambah lagi dengan kerenah tuan kereta kata Akak xdelesen dik x berani nak bawa...macam2la alasannya..sementara tunggu surat khabar,budak yang mengerang sakit tadi tak sampai hati melihatnya maka sampailah abah dengan kereta toyota mayatnya tu, abah parking jauh sebab dah ada exora.mm nak tau apa kata kakak tu? dia kata haa..tu dah ada kereta dah.naiklah kereta tu!MasyaAllah orang kita!saya takmau fikir panjang terus suruh abah bawa kereta ke tempat kemalangan dan terus papah budak tu masuk kereta dannn..pecut ke hospital(tau la abah bawa kereta macamana)sempat sebelum tu saya ambil tuala dari seorang makcik buat tadah darah yang mengalir dari mulut budak tadi..dalam perjalanan abah senyap je.saya tau kenapa...sampai dihospital budak tadi terpaksa foward ke pakar dental Muar..selesai jumpa mak ayah budak tu..kami pun balik..dalam perjalanan abah pun mulalah ceramahnya...antara isinya
1-biar miskin harta jangan miskin jiwa/budi
2-ramai y semakin kaya semakin sombong
3-buat baik esok orang kenang sampai mati..
maka tuala berdarah inilah bukti jasa besar arwah abah tinggalkan untuk dikiriim pahalanya ke alam barzakh selagi mana budak tadi bernafas dimuka bumi Allah ini..Ini juga adalah sodaqah jariah yang dibawa kemati.InsYaAllah...

Khamis, 17 September 2009

leburlah dosa di telapak tangan

1-Syawal adalah merupakan hari kemenangan bagi umat Islam,hari gembira juga hari untuk membesarkan Allah SWT setelah berpuasa sepanjang Ramadhan.Pelbagai dugaan lahir dan batin menguji kualiti ibadah puasa kita.Bagi yang menjaga puasanya akan berkata 'Inni Soim' (sesungguhnya saya berpuasa) bilamana menghadapi situasi2 yang menguji pahala puasanya.Janji Allah tentang kelebihan berpuasa bagi mereka yang menjaga kualiti puasa mereka pasti akan datang Sabda Nabi SAW Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan, keinsafan dan harapan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu-HR Bukhari.



2-Di bulan Syawal ramai orang berkunjungan,ziarah menziarahi,maka inilah ruang dan peluang untuk ucapan bibir saling mohon kemaafan atas apa jua salah yang pernah terzahir sesama manusia .Sabda baginda Mana-mana orang Islam yang apabila bertemu kedua-duanya lalu berjabat tangan , kecuali diampunkan dosa kedua-dua mereka sebelum mereka berpisah-HR Abu Daud



3-Ramai yang balik ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya,bertemu dengan kedua orang tua ,sanak saudara yang jauh di mata.jesteru mohonlah restu dan kemaafan kepada kedua orang tua kita selagi masih dikurniakan Allah masa dan kesempatan bersama.Ini selari dengan sabda baginda SAW Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa,kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa-HR atTarmizi



4-Rindu pada hampir sebulan Ruh Ramadhan boleh diubat sedikit sebanyak dengan melaksanakan puasa 6 hari dalam Syawal.ianya boleh dilaksanakan bermula hari ke 2 Syawal hingga penghujungnya.Adapun berpuasa pada 1 Syawal adalah haram hukumnya. Sabda Rasulullah SAW sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian diiringi pula dengan puasa enam hari di Bulan Syawal , seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang tahun-



Seperkara yang menarik ingin penulis kongsi bersama ialah sedikit salah faham kita orang melayu khususnya bilamana berkaitan dengan 1 Syawal sering mengaitkannya dengan perkara yang menyedihkan, contohnya seperti menangis di pagi raya, mendengar lagu2 hari raya yang sedih2,drama dan cerita2 yang bisa menitiskan air mata hatta si teruna gagah perkasa pun bisa tewas bahkan takbir raya pun mendayu2 sayup di hening senja dan pagi raya.Berbeza benar takbir kita didendangkan jika dibandingkan takbir di tanah Arab.Ini sebenarnya bercanggah dengan roh Syawal itu yang diizin Allah untuk hari yang menggembirakan, atau yang jelasnya hari PERAYAAN yakni hari membesarkan Allah, hari menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan (rujuk surah al Baqarah ;185)Kerana di tempat kita bila di sebut Hari Raya secara automatiknya pasti tak lari dengan air mata dan kesedihan.mungkin sedikit salah fahaman ini dapat diperbaiki dengan menetapkan 'mind setting' kita tentang hari raya selari dengan tuntutan Syari'e berdasarkan dalil2 al Quran dan sunnah nabiNya





HADIS 1-Bahawasanya pada hari Raya Fitri atau Adha Abu Bakar masuk ke rumahnya(rumah Aisyah)dan Nabi berada disisinya.Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi lagu kebanggaan Ansar pada Hari Bu ath(peperangan antara Aus dab Khazraj).Abu Bakar berkata Suara Syaitan! (sebanyak dua kali)Rasulullah bersabda; "Biarkan mereka wahai Abu Bakar!,setiap kaum ada hari Raya dan hari ini hari raya kita "(Riwayat Bukhari dan Muslim)



HADIS 2-Rasulullah SAW memerintahkan kami (kaum wanita)keluar pada hari raya fitri dan Adha termasuk para gadis,wanita haid dan anak dara sunti.Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin (Riwayat al Bukhari)

Ahad, 13 September 2009


Bergambar bersama setelah selesai berbuka puasa di Restoren Halia,Sime Darby Convention Centre 13 september 2009(Dari Kiri bawah:Farisha,Munir,Faris,Khairul@Yoi,Ibu Asidah,RabiatulAdawiyah, Faiz Hakim,Bibik Yanti,Abdul Syahid@I'id/Dari kiri atas;SyeikhulTerikat Muhaimin alHaj,Hamdi,baby Adham,Abg Elmi(main sponser),Nazri,Atok Hj Ahmad Abu Bakar,Kak Diana,Nor Syafawati,Rahimah,Su,dan saya;)/tiada dalam gambar;Zaidan di kolej,Nenek Noraini di rumah menunggu tapau dan Fendi Cameraman)
Siapalah yang sudi, menghulurkan simpati ,kepada nasibku ini..agar dapat kurasa ,nikmati hari raya seperti insan yang lain.(lagu yang sedang dimainkan pasangan buta ini )..3.20pm 13 september 09;Jalan Tunku Abdul Rahman,Kuala Lumpur (penulis sedang duduk dikaki lima bersebelahan artis oku ini untuk hilangkan penat setelah berjam jam di jln TAR untuk membeli keperluan Raya)

Khamis, 10 September 2009

Isnin, 7 September 2009

diharap pembaca yg menulis ulasan blog boleh menulis nama samaran.harap maklum!

kisah Rasulullah dan Pengemis Yahudi buta




Satu hari selepas kewafatan Rasulullah SAW,saidina Abu Bakr asSiddiq bertanya pada anaknya Aisyah juga merupakan isteri kesayangan Rasulullah itu;"Wahai Aisyah,apakah amalan sewaktu hayat Rasulullah yang belum pernah ayah lakukan?",maka menjawab Aisyah bahawa ;wahai ayahku ,semua amalan kecuali satu.Bertanya Saidina Abu Bakar apakah amalan tersebut lalu Aisyah RA berkata 'Sesungguhnya ketika hidup baginda sering ke pasar,di sana ada seorang pengemis yahudi yang buta duduk meminta sedekah.Adapun yahudi buta itu sangat membenci Rasulullah dan Islam,dia sering memaki,memfitnah dan mengatakan Rasulullah adalah orang gila dan pelbagai tuduhan buruk yang dilemparkan kepada Rasulullah.Namun baginda masih mampu bersabar dan tersenyum dengan perbuatan yahudi buta itu.Setiap hari yahudi buta itu akan mengulangi perkataannya untuk didengari orang yang lalu lalang di pasar ketika itu bahkan Rasulullah setiap hari akan datang dan menyuapkan makanan kemulut yahudi buta itu tanpa bersuara !.'jelas Aisyah kepada ayahnya.mendengar cerita daripada Aisyah,lantas Abu Bakar segera ke pasar untuk menemui yahudi buta itu.Apabila tiba di pasar, Abu Bakar menemui yahudi buta tadi lantas menyuapkan makanan ke mulut yahudi itu.Lalu bertempik yahudi itu,engkau bukanlah orang yang sering menyuapkan makanan kepadaku setiap pagi.orang itu sebelum menyuapkan makanan kemulutku dia akan menghalus-haluskan makanan itu untuk memudahkan aku menelannya sehingga aku kenyang!mendengar kata2 yahudi buta itu maka mengalir air mata Abu Bakar dan bertanya kepada yahudi buta itu"Tahukah kamu bahawa orang yang memberikan kamu makan setiap hari itu ialah Muhammad?!Sesungguhnya Muhammad telah wafat!?.mendengar kata-kata Abu Bakar maka yahudi buta itu tersentak lalu menangis dan menyesal atas perbuatannya memaki hamun orang yang memberinya makan selama ini. lantaran itu akhirnya yahudi buta itu memeluk agama Islam .....

Sabtu, 5 September 2009

alamat email penulis addunya mata :bilahikumakaa@yahoo.com.my
ralat-sebarang preview dari video youtube dalam bolg ini adalah diluar kawalan penulis

Beautiful in Islam is for all


KECOH di negeri saya tentang isu pemindahan kuil dari seksyen 19 ke seksyen 23.mengusung,memijak kepala lembu tanda protes sekumpulan puak tentang isu ini.Terus terang saya katakan ini isu politik yang cuba dimainkan pembangkang negeri dengan memainkan api perkauman.mengapa saya kata demikian,kerana terbukti ramai tokoh mereka terlibat secara langsung dalam perarakan haram itu.Kalau benarpun mereka bersungguh2 membantah sebuah kuil dibina cuba lihat adakah mereka ni tergolong sebagai pemuda yang hatinya terpaut pada masjid seperti yang didambakan dalam agama ?sampai beria-ia benar memberontak sedemikian rupa?dalam bulan puasa pula tu.atau mungkin kerana ada agenda besar yang mereka dambakan?semua orang faham apa yang saya maksudkan bukan?Saya orang melayu,orang Islam juga tapi malu dengan sikap ekstrim yang mereka tunjukkan.tertanya saya mana mufti2 yang lantang menyuarakan pendapat dalam isu2 terpilih sahaja selama ini?,tetapi di saat peranan mereka amat diperlukan untuk menjernihkan suasana ini suara mereka hampir tidak kedengaran?Bacakan mereka intipati surah al KAfirun, terangkan pada mereka manahij /kaedah dakwah dalam Islam,sejukkan hati mereka dengan hadis2 nabi SAW ,alunkan pada telinga mereka kisah2 seperti hatta yahudi buta yang sering memaki baginda setiap haripun disuapkan pada mulut yahudi buta itu makanan,dengan lemah lembut!saya percaya majoriti umat Islam di Malaysia menolak tindakan biadap begitu yang menghina kepercayaan orang lain.kalau nak marah kerajaan negeri marahlah,hantar la memorundum bantahan dan bukannya mengambil jalan mudah menghina agama orang lain.Ini soal tektikal!tempat,lokasi,boleh dibawa bincang elok2.bukankah Islam menolak perbuatan sedemikian?Islam yang cantik pasti dipandang hodoh oleh penganut agama lain dek kerna isu ini.Bagaimana mereka ingin mendekati Islam kelak apatah lagi menyintainya.?Baginda Rasulullah ketika mana memperkenalkan Piagam Madinah menegaskan bahawa semua penduduk bebas mengamalkan anutan masing2 jesteru itu Islam makin diterima ramai saat itu.Kalau Islam dijadikan panduan dan asas seseuatu tindakan tentulah pemikiran kita akan lebih terbuka kerana Islam itu universal dan menyeluruh meliputi bangsa dan negara. Islam itu ada cina islam,india islam,arab islam kadazandusun islam , Inggeris islam,negro islam termasuklah melayu Islam.Berbilion umat Islam dalam dunia hari ini dan semuanya bertunjangkan satu akidah yang sama iaitu Laailahaillallah Muhammadun Rasulullah! dan bukan kerana asas perkauman yang sempit dan jumud sehingga kita asyik berfikir dalam lingkungan pemikiran yang sama sampai bila2.

bilal oh bilal

Selesai solat sunat tarawih buat malam yang ke 16.mungkin inilah masa yang dikatakan tempoh 'maghfirah 'atau keampunan oleh Allah dalam bulan Ramadhan,sebagaimana sabda Nabi saw' Ramadhan itu awalnya rahmah,pertengahannya maghfirah dan akhirnya dijauhkan dari api neraka" Para jamaah masih ramai yang sudi datang mengimarahkan masjid berdasarkan bilangan awal2 ramadhan .Pengisian malam diselit dengan tazkirah ringkas oleh ustaz jemputan diikuti solat tarawikh 2o rakaat.
Penulis teringat di masjid kariah penulis dahulu setiap kali selesai Isya dan sebelum memulakan solat sunat Tarawikh tuan bilal bertugas akan membacakan fadhilat tarawikh setiap malam.Namun kali ni tiada lagi amalan seperti itu dimasjid2 yang penulis hadiri kerana amalan tersebut tidak menepati syarie bahkan fadhilat yang dibacapun bersifat melampau.Pun begitu penulis agak kurang bersetuju dengan amalan bilal bertugas membacakan nama waris yang ingin menghadiahkan bacaan tahlil untuk nama2 arwah sehingga memakan masa yang panjang sebelum solat sunat tarawikh dimulakan.sepertimana juga ketika solat jumaat bilamana khatib mendoakan tokoh2 khas dalam doanya berjela-jela sehingga ke cucu cicit.bukankah kedua2nya boleh dipermudahkan dengan mendoakan semua muslimin dan muslimat?akhirnya ianya akan dijadikan ikutan wajib masyarakat.-Yassiru wala tua'ssiru-Bagi penulis kalau perkara ini baik dan disandarkan pada amalan nabi tentulah para sahabat yang hidup sezaman dengan nabi akan laksanakannya terlebih dahulu dari kita umat mutaakhirin ni.Adakah anda boleh bayangkan para sahabat seperti Bilal Bin Rabah selepas solat akan melaungkan
"berikut dibacakan nama2 waris yang ingin menghadiahkan bacaan tahlil pada malam ini pada keluarga simati fulan bin fulan........sampai 10,20 nama waris??

Jumaat, 4 September 2009

Bersahurlah!

Di antara beza puasa Umat Islam dan puasa yahudi serta nasrani ialah mereka tidak bersahur.Ini di jelaskan Nabi SAW dalam hadisnya'Perbezaan puasa di antara puasa orang Islam dan Ahli Kitab adalah terletak pada pengambilan sahur kerana mereka tidak melakukannya'
Sabda baginda lagi 'Sahur itu berkat,maka janganlah kamu tinggalkannya walau seseorang kamu minum hanya seteguk air'(HR Ahmad)
waktu bersahur yang terbaik adalah yang hampir dengan subuh.Adapun tanggapan tidak dibenarkan bersahur setelah waktu Imsak adalah salah.Lagi hampir dengan Subuh adalah lebih baik.Di samping itu Sahur punyai banyak kelebihan,antaranya
1-Mendapat pahala kerana sahur adalah sunnah Rasulullah
2-Waktu sahur juga merupakan waktu doa mudah dimakbulkan Allah
3-Bersahur dapat menolong meredakan perasaan marah kerana lapar
4-mendapat keberkatan lantas memberikan kekuatan jasmani untuk beribadat di siang hari dan meningkatkan keikhlasan beribadat
5-dapat mengekalkan keupayaan jasmani sehingga waktu berbuka
6-Memberi latihan untuk bangun awal seterusnya melakukan Qiamullail dan solat Subuhpada waktunya

Oleh itu jangan tinggalkan 2 nikmat keberkatan berpuasa yang Allah sediakan iaitu ketika berbuka dan bersahur.Janganlah kita terlalu mementingkan tidur lalu kita meninggalkan amalan yang dituntut dan diajar Nabi kita.Bersahurlah!

Khamis, 3 September 2009

5B the best!

sesuai dengan nama kelas mereka,ternyata setiap diantara mereka yang bertuah ini mempunyai potensi menjadi penyumbang kepada masa depan agama,bangsa dan negara yang cemerlang...nakal itu biasa pada umur sebegini ,namun disebalik itu terserlah anugerah akal dan hati yang terang dalam menerima pengajaran.saya doakan setiap dari mereka ini mencapai cita-cita mereka dan jika dipanjangkan umur kami ditemukan 10,20 tahun lagi ditempat-tempat yang 'menyejukkan hati'.mungkin salah seorang atau ada di antara mereka yang akan merawat saya atau anak2 ketika sakit kelak atau menjadi pemimpin besar negara yang membanggakan atau menjadi imam muda di kariah saya atau sekurang-kurangnya bila disebut namanya kebaikan semata yang akan diperkatakan orang,.5B is the best among the best,InsyaAllah.!salam ramadhan,salam id fitri istimewa dari saya untuk semua ; ) dan tak lupa juga TAHNIAH buat anak2 murid yang dah mula mengenakan tudung,percayalah sesungguhnya setiap arahan tuhan itu banyak kebaikan di mana mungkin kalian tak nampak kebaikkannya hari ni tapi bila kalian dewasa kelak kalian akan dapat menemui seterusnya memahaminya.Yang penting apa yang Allah perintahkan WAJIB kita turuti.No matter what..maintain gitu.mabruk!

perginya tak kembali


Salam takziah buat keluarga ustaz Asri Ibrahim yang kehilangan insan tersayang.semoga Allah taala mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham serta ditempatkan dikalangan insan2 yang mulia.sesungguhya pemergian allahyarham memberi impak mendalam jiwa penulis yang sedikit sebanyak membesar dengan lagu2 dakwah beliau.yang pasti perginya takkan kembali lagi.-alfatihah

Bila mati seseorang anak Adam itu maka terhapuslah segala amalannya melainkan 3 perkara,Sodaqah jariyyah,ilmu yang menmanafaatkan dan doa anak-anak yang soleh-al hadith

Rabu, 2 September 2009


secara tak langsung dapat juga penulis membuka galeri seni sendiri untuk dikongsi rakan rakan sekelian,hasil mungkin tak seberapa mungkin mesej yang hendak disampaikan terus ke hati

Kurniakanlah ya Rabb dalam diriku Nur,kiri dan kananku nur,atas dan bawahku Nur..Wahai Tuhan yang Maha mendengar Istiqamahkan amalanku selari dengan Aqidahku terhadapMu

Bertadarus adalah amalan yang dituntut dalam kehidupan harian kita khususnya dalam bulan Ramadhan alMubarak.Bacalah ia,fahamilah maknanya..moga moga Allah memberi Rahmah,keampunan dan jauhi dari a'zab api neraka
ralat:sebarang preview youtube dalam blog ini adalah diluar kawalan penulis.Harap maklum
ralat:sebarang preview youtube dalam blog ini adalah diluar kawalan penulis.Harap maklum

Selasa, 1 September 2009

salam ukhuwah


salam ukhuwah, salam bertemu dlm laman blog kedua saya.sekiranya anda pernah membaca blog pertama saya tidak lagi aktif di http://bilahikumakaa.blogspot.com/ ada sedikit masalah tekninal yang berlaku menyebabkan saya membuka blog kedua saya ,kini anda boleh melayarinya.