Jumaat, 4 September 2009

Bersahurlah!

Di antara beza puasa Umat Islam dan puasa yahudi serta nasrani ialah mereka tidak bersahur.Ini di jelaskan Nabi SAW dalam hadisnya'Perbezaan puasa di antara puasa orang Islam dan Ahli Kitab adalah terletak pada pengambilan sahur kerana mereka tidak melakukannya'
Sabda baginda lagi 'Sahur itu berkat,maka janganlah kamu tinggalkannya walau seseorang kamu minum hanya seteguk air'(HR Ahmad)
waktu bersahur yang terbaik adalah yang hampir dengan subuh.Adapun tanggapan tidak dibenarkan bersahur setelah waktu Imsak adalah salah.Lagi hampir dengan Subuh adalah lebih baik.Di samping itu Sahur punyai banyak kelebihan,antaranya
1-Mendapat pahala kerana sahur adalah sunnah Rasulullah
2-Waktu sahur juga merupakan waktu doa mudah dimakbulkan Allah
3-Bersahur dapat menolong meredakan perasaan marah kerana lapar
4-mendapat keberkatan lantas memberikan kekuatan jasmani untuk beribadat di siang hari dan meningkatkan keikhlasan beribadat
5-dapat mengekalkan keupayaan jasmani sehingga waktu berbuka
6-Memberi latihan untuk bangun awal seterusnya melakukan Qiamullail dan solat Subuhpada waktunya

Oleh itu jangan tinggalkan 2 nikmat keberkatan berpuasa yang Allah sediakan iaitu ketika berbuka dan bersahur.Janganlah kita terlalu mementingkan tidur lalu kita meninggalkan amalan yang dituntut dan diajar Nabi kita.Bersahurlah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan