Selesai solat sunat tarawih buat malam yang ke 16.mungkin inilah masa yang dikatakan tempoh 'maghfirah 'atau keampunan oleh Allah dalam bulan Ramadhan,sebagaimana sabda Nabi saw' Ramadhan itu awalnya rahmah,pertengahannya maghfirah dan akhirnya dijauhkan dari api neraka" Para jamaah masih ramai yang sudi datang mengimarahkan masjid berdasarkan bilangan awal2 ramadhan .Pengisian malam diselit dengan tazkirah ringkas oleh ustaz jemputan diikuti solat tarawikh 2o rakaat.Penulis teringat di masjid kariah penulis dahulu setiap kali selesai Isya dan sebelum memulakan solat sunat Tarawikh tuan bilal bertugas akan membacakan fadhilat tarawikh setiap malam.Namun kali ni tiada lagi amalan seperti itu dimasjid2 yang penulis hadiri kerana amalan tersebut tidak menepati syarie bahkan fadhilat yang dibacapun bersifat melampau.Pun begitu penulis agak kurang bersetuju dengan amalan bilal bertugas membacakan nama waris yang ingin menghadiahkan bacaan tahlil untuk nama2 arwah sehingga memakan masa yang panjang sebelum solat sunat tarawikh dimulakan.sepertimana juga ketika solat jumaat bilamana khatib mendoakan tokoh2 khas dalam doanya berjela-jela sehingga ke cucu cicit.bukankah kedua2nya boleh dipermudahkan dengan mendoakan semua muslimin dan muslimat?akhirnya ianya akan dijadikan ikutan wajib masyarakat.-Yassiru wala tua'ssiru-Bagi penulis kalau perkara ini baik dan disandarkan pada amalan nabi tentulah para sahabat yang hidup sezaman dengan nabi akan laksanakannya terlebih dahulu dari kita umat mutaakhirin ni.Adakah anda boleh bayangkan para sahabat seperti Bilal Bin Rabah selepas solat akan melaungkan "berikut dibacakan nama2 waris yang ingin menghadiahkan bacaan tahlil pada malam ini pada keluarga simati fulan bin fulan........sampai 10,20 nama waris??
tempat saya takde pun macamtu,tak semua mcm tempat penulis kot.
BalasPadam