Khamis, 17 September 2009

leburlah dosa di telapak tangan

1-Syawal adalah merupakan hari kemenangan bagi umat Islam,hari gembira juga hari untuk membesarkan Allah SWT setelah berpuasa sepanjang Ramadhan.Pelbagai dugaan lahir dan batin menguji kualiti ibadah puasa kita.Bagi yang menjaga puasanya akan berkata 'Inni Soim' (sesungguhnya saya berpuasa) bilamana menghadapi situasi2 yang menguji pahala puasanya.Janji Allah tentang kelebihan berpuasa bagi mereka yang menjaga kualiti puasa mereka pasti akan datang Sabda Nabi SAW Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan, keinsafan dan harapan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu-HR Bukhari.



2-Di bulan Syawal ramai orang berkunjungan,ziarah menziarahi,maka inilah ruang dan peluang untuk ucapan bibir saling mohon kemaafan atas apa jua salah yang pernah terzahir sesama manusia .Sabda baginda Mana-mana orang Islam yang apabila bertemu kedua-duanya lalu berjabat tangan , kecuali diampunkan dosa kedua-dua mereka sebelum mereka berpisah-HR Abu Daud



3-Ramai yang balik ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya,bertemu dengan kedua orang tua ,sanak saudara yang jauh di mata.jesteru mohonlah restu dan kemaafan kepada kedua orang tua kita selagi masih dikurniakan Allah masa dan kesempatan bersama.Ini selari dengan sabda baginda SAW Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa,kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa-HR atTarmizi



4-Rindu pada hampir sebulan Ruh Ramadhan boleh diubat sedikit sebanyak dengan melaksanakan puasa 6 hari dalam Syawal.ianya boleh dilaksanakan bermula hari ke 2 Syawal hingga penghujungnya.Adapun berpuasa pada 1 Syawal adalah haram hukumnya. Sabda Rasulullah SAW sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian diiringi pula dengan puasa enam hari di Bulan Syawal , seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang tahun-



Seperkara yang menarik ingin penulis kongsi bersama ialah sedikit salah faham kita orang melayu khususnya bilamana berkaitan dengan 1 Syawal sering mengaitkannya dengan perkara yang menyedihkan, contohnya seperti menangis di pagi raya, mendengar lagu2 hari raya yang sedih2,drama dan cerita2 yang bisa menitiskan air mata hatta si teruna gagah perkasa pun bisa tewas bahkan takbir raya pun mendayu2 sayup di hening senja dan pagi raya.Berbeza benar takbir kita didendangkan jika dibandingkan takbir di tanah Arab.Ini sebenarnya bercanggah dengan roh Syawal itu yang diizin Allah untuk hari yang menggembirakan, atau yang jelasnya hari PERAYAAN yakni hari membesarkan Allah, hari menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan (rujuk surah al Baqarah ;185)Kerana di tempat kita bila di sebut Hari Raya secara automatiknya pasti tak lari dengan air mata dan kesedihan.mungkin sedikit salah fahaman ini dapat diperbaiki dengan menetapkan 'mind setting' kita tentang hari raya selari dengan tuntutan Syari'e berdasarkan dalil2 al Quran dan sunnah nabiNya





HADIS 1-Bahawasanya pada hari Raya Fitri atau Adha Abu Bakar masuk ke rumahnya(rumah Aisyah)dan Nabi berada disisinya.Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi lagu kebanggaan Ansar pada Hari Bu ath(peperangan antara Aus dab Khazraj).Abu Bakar berkata Suara Syaitan! (sebanyak dua kali)Rasulullah bersabda; "Biarkan mereka wahai Abu Bakar!,setiap kaum ada hari Raya dan hari ini hari raya kita "(Riwayat Bukhari dan Muslim)



HADIS 2-Rasulullah SAW memerintahkan kami (kaum wanita)keluar pada hari raya fitri dan Adha termasuk para gadis,wanita haid dan anak dara sunti.Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin (Riwayat al Bukhari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan